Banner

Online Publication

Koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma. Selamat membaca!

Eternity
Edisi majalah Eternity terbaharu menanti anda di alam maya! Jangan lupa untuk luangkan masa anda membaca ETERNITY isu terbaharu ini yang penuh warna-warni dan sarat dengan info semasa.


Mahukan sesuatu yang ekstra.. ETERNITY ada jawapannya! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda dalam persediaan menyambut kedatangan Ramadan kali ini.


Lebih istimewa, jangan ketinggalan untuk menyaksikan penampilan si cantik manis cover girl kami edisi kali ini, Anis Al-Idrus yang bukan sahaja selebriti popular malah kini bergelar usahawan berjaya!


Selamat membaca semua!
Majalah online Eternity kini tampil dengan edisi terbaharu!

Penampilan majalah disajikan dalam bentuk yang lebih santai namun padat dengan informasi menarik dan segar bersama seorang businesswoman hebat- Sofia Datuk Ahmad sebagai penghias muka depan kali ini…

Rasai dan lihat sendiri penambahbaikan majalah kesayangan ramai ini khusus untuk semua golongan belia Malaysia...Dapatkan segera secara percuma sahaja majalah ini di portal rasmi Media Glam! www.mediaglam.com

Semoga terhibur!
Majalah ETERNITY tetap bersemangat, berwarna-warni dan menghiburkan untuk keluaran isu bumper Januari dan Februari 2015. Sekejap sahaja masa berlalu pergi, dan kami juga tidak mahu lepaskan peluang untuk maju dan kehadapan bersama-sama anda. Oh ya...nampaknya Media Glam ( ETERNITY & KITCHEN ONLINE) sudah pun mencapai usia ke-3...Teruskan setia bersama kami ya!!! Ikuti pelbagai informasi terkini dalam isu terkini ETERNITY...
Bagi menutup tirai tahun 2014 ini, dan melengkapi edisi untuk tahun ini, ETERNITY menampilkan pasangan kembar selebriti blogger yang tidak asing lagi Iena Mansor dan Ida Mansor! Mahukan sesuatu yang ekstra..bacalah ETERNITY edisi istimewa bumper November-Disember ini! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda. Dengan mengupas isu semasa, semoga pengisian majalah ETERNITY menjadi satu landasan perkongsian ilmu yang berguna buat semua.

Terima kasih kerana masih setia bagi sokongan kepada kami! Selamat bercuti dan sehingga kita berjumpa lagi pada keluaran ETERNITY lembaran tahun 2015 yang menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan padat dengan ilmu pengetahuan!
ETERNITY BUMPER ISU EDISI PERKAHWINAN SEPT.-OKT. 2014

Edisi ETERNITY isu kali adalah naskah istimewa sebagai panduan kepada bakal pengantin dan keluarga dalam merancang majlis perkahwinan seperti yang didambakan. Dengan maklumat yang serba ringkas ini, semoga bakal pengantin dapat membuat persediaan selengkapnya.

Secara eksklusif juga, majalah ETERNITY edisi Perkahwinan kali ini memaparkan kepada anda majlis perkahwinan gilang-gemilang blogger popular negara- Fatin Suhana dan pasangannya. Ikuti kisah menarik cover girl kami kali ini! Selamat membaca dan semoga terhibur!
Seluruh warga kerja Media Glam Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat anda pembaca setia majalah ETERNITY. Doa kami agar Syawal kali ini akan menggerakkan lagi usaha kita ke arah usaha murni dan memberikan kebaikan pada yang lain. Jangan lupa, di samping menyambut hari raya dengan penuh kemeriahan serta sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-57, luangkan masa anda untuk membaca ETERNITY isu Julai-Ogos 2014 yang penuh warna-warni dan sarat dengan info semasa. Ikuti juga kisah menarik pasangan mentor ‘Kaaching’- Aizulynda dalam isu ekstra kali ini dan ketahui sesuatu yang istimewa buat pasangan ini sempena Ramadhan dan Syawal ini.
Menarik Bulan Ini!


Mengikut peredaran masa, majalah ETERNITY yang dinanti-nantikan oleh para pembaca maya semua kini tampil dengan isu ekstra mini bumper yang istimewa sempena isu ketiga untuk tahun 2014 ini.  Mahukan sesuatu yang ekstra..bacalah ETERNITY isu Mei-Jun 2014! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda semua. Juga, khas untuk anda, ETERNITY menampilkan selebriti blogger pujaan, siapa lagi jika bukan gadis genit-Yuyu Zulaikha.

Tampil dengan kelainan dalam mempersembahkan naskhah ETERNITY adalah kejutan buat pembaca semua.Dapatkan di portal rasmi kami isu bumper ETERNITY Mac-April 2014. Kupasan isu kali ini, mengetengahkan isu hangat semasa yang melanda negara kita pada ketika ini buat tatapan semua. Ikuti pelbagai informasi berguna yang kami mahu kongsikan bersama anda melalui ruangan-ruangan yang tersedia yang meliputi dunia fesyen, kecantikan, kesihatan, psikologi dan motivasi, gajet, kewangan dengan menampilkan blogger popular- Cik Epal!
Page 2 of 5

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.