Banner

Online Publication

Koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma. Selamat membaca!

Eternity
Isu keenam sudah berada di alam maya, majalah ETERNITY diharapkan menjadi wadah serta bahan bacaan utama buat semua individu tanpa mengira peringkat umur. Bulan ini, kami menyingkap akan sambutan Hari Bapa yang diadakan saban tahun. Mereka (bapa) diraikan, diberi hadiah dan ucapan terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama ini, susuri kisah menarik personaliti bapa dan anak yang begitu menarik bulan ini.

Anda mahu berkongsi rahsia kejayaan, rahsia kecantikan, dunia fesyen terkini, dan amalan kesihatan sempurna? Kalau anda memang mementingkan ciri-ciri ini, anda sebenarnya orang yang tidak boleh melepaskan peluang untuk membaca majalah ETERNITY isu Jun kali ini. Juga, ikuti kemunculan Fatin Liyana- Selebriti Blogger buat pertama kalinya sebagai cover girl majalah. Pasti hangat dan mari selami jiwa gadis berjiwa besar ini.
Dalam dunia yang serba canggih, terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk meluaskan dunia pembacaan anda termasuklah Internet dengan kewujudan majalah dalam talian seperti majalah ETERNITY ini.  ETERNITY isu Mei 2012 kali ini meraikan sambutan Hari Ibu, ikuti kisah-kisah menarik ikon ibu yang boleh dijadikan inspirasi anda. Juga, variasi dunia fesyen, kecantikan, kesihatan, permotoran, pendidikan, kerjaya serta pelbagai panduan berguna buat anda. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa- Bintang Paling Popular- Aaron Aziz, pelakon serba boleh yang kini menjadi pujaan semua.
Tampil menarik Eternity isu Mac kali ini adalah edisi untuk si jejaka. Edisi ketiga kali ini lebih berkonsepkan gaya eksekutif moden khas buat anda. Dekati kisah selebriti eksklusif Anuar Zain yang segak bergaya serta ikuti pengisian Eternity Mac yang menawarkan pelbagai tip, rujukan, dan maklumat mengenai trend gaya hidup terkini.
Cepat sungguh masa berlalu, kini majalah ETERNITY sudah memasuk isu keempat dan kami di pihak Media Glam akan sentiasa melipatgandakan usaha agar hanya yang terbaik untuk tatapan anda semua. Penghias kulit hadapan ETERNITY kali ini cukup dikenali oleh pembaca maya. Nama Vivy Sofinas Yusof mungkin tidak asing lagi bagi pembaca setia blogger ini dan kini kewujudan tuan empunya diri semakin dikenali ramai di luar sana. Cukup terkenal sebagai blogger popular di Malaysia, Vivy juga sempat berkongsi kisah kehidupannya bersama team ETERNITY. Tidak lupa pelbagai panduan kecantikan, fesyen, kesihatan, ilmu kewangan, tip pendidikan, destinasi percutian, rahsia personaliti berjaya, maklumat kerjaya, panduan permotoran dan banyak lagi input berguna untuk anda semua terokai.
ETERNITY isu Februari kali ini tampil lebih berani dan tetap bersemangat. Isu kali ini lebih berwarna-warni dan menghiburkan sebagaimana isu pertama. Tampil dengan cover girl- Yuna, ETERNITY kali ini begitu mengujakan!
ETERNITY

ETERNITY magazine is the latest magazine for youth. It covers every aspect of a youth life from fashion, health and beauty to celebrities, entertainment and social issues. ETERNITY provides readers with a guide to a various lifestyle and the content is relevant to what is hot and happening each month.

Edisi Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012. Sempena tahun baru ini Media Glam tampil dengan sebuah majalah elektronik bernama ETERNITY. Dengan wajah baru yang bersifat lebih moden, terkini dan mesra pembaca, majalah ETERNITY mewujudkan satu fenomena baru dalam dunia pembacaan anda. Kemunculan majalah ETERNITY ini adalah untuk memimpin golongan belia dalam menghadapi suasana persekitaran yang berbeza.
Page 5 of 5

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.