Banner

Online Publication

Koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma. Selamat membaca!

Eternity
Menarik Bulan Ini!

Memenuhi janji dalam usaha memantapkan lagi pengisian di tahun 2013, isu Februari ETERNITY 2013 tampil penuh berani. Pelbagai maklumat yang disediakan untuk santapan minda anda. Semuanya digarap dengan baik agar anda mendapat manfaatnya. Penambahbaikan ini adalah hadiah istimewa kami kepada anda semua yang terus setia menyokong dan bersama ETERNITY. Yang lebih pasti, kami di ETERNITY mahu sentiasa membekalkan pengetahuan tanpa sempadan kepada masyarakat, khususnya golongan remaja.
Bertemu kembali pada tahun 2013. Semoga anda semua gembira untuk meneruskan alam kehidupan di tahun baru ini. Bercakap tentang azam tahun baru, ya, kami di majalah ETERNITY juga berazam untuk memberikan yang terbaik buat anda,dengan pengenalan satu lagi kolum baru. Kami pasti anda akan teruja sebaik sahaja anda menyelak secara maya halaman-halaman di da-lam majalah ini, kerana ia menampilkan pelbagai idea menarik untuk menyerlahkan lagi penampilan diri anda sepanjang tahun 2013 ini! Sehingga bertemu lagi, selamat meneroka tahun baru 2013!
Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun melangkah ke penghujung tahun 2012. Rasanya baru sahaja kita menyambut kedatangan tahun 2012, kini 2013 bakal menjengah kita. Lembaran terakhir ETERNITY edisi  disember untuk tahun 2012 tetap segar dengan pengisian yang menarik dan versatile. Sentiasa padat dengan maklumat, ETERNITY adalah gerbang penjana ilmu anda! Soroti kisah artis dan pelawak terkenal – Zizan Razak sebagai penghias muka hadapan kali ini. Selamat bercuti dan jumpa lagi pada tahun 2013 nanti!
Majalah ETERNITY tetap bersemangat, berwarna-warni dan menghiburkan untuk keluaran isu November 2012. Pastinya, kami membawakan ilham dan tip gaya fesyen yang versatile untuk digayakan buat si jejaka. Tidak lengkap dengan info fesyen sahaja. Ikuti kupasan rencana fokus pada bulan ini yang boleh memberikan anda sumber inspirasi dan banyak lagi info menarik. Dapatkan majalah terbaru yang menampilkan pelakon berbakat besar Johan As’ari, sebagai penghias muka depan majalah ETERNITY isu ini. Selamat membaca!
Tampil dengan pengisian lebih padat dan hebat! Ikutilah pelbagai intipati kandungan menarik yang disediakan bagi menepati gaya hidup anda masa kini. Dengan pengisian komprehensif dan relevan dengan perkembangan semasa, diharap anda semua memperoleh manfaat daripadanya. Sudah pasti sesuatu yang ‘HOT’ bulan ini khas untuk tatapan pembaca majalah ETERNITY isu Oktober iaitu mengenai kehidupan penyampai radio wanita popular di Hot FM ini. Siapa lagi tidak lain dan tidak bukan, empunya diri-Fara Fauzana, si gadis manis! Semoga anda terus terhibur dan selamat membaca!
Bulan ini, ETERNITY mahu mengajak anda semua berfikir dengan lebih serius dan mendalam melalui kupasan kolum rencana kali ini. Walaupun isunya sedikit berat, namun segala maklumat yang cuba kami sampaikan telah digarap dengan pelbagai maklumat berguna khas untuk tatapan anda pada edisi keluaran September ini, ia boleh dijadikan sebagai satu suntikan semangat buat pembaca setia ETERNITY. Tidak lupa, ikuti pelbagai panduan yang bermanfaat untuk anda dalam isu kecantikan, kesihatan, pendidikan, dunia semasa, dan banyak lagi. Selamat membaca dan Selamat Hari Malaysia!
Istimewa isu keluaran khas raya-ETERNITY Ogos menanti anda. ETERNITY bumper raya kali ini memberikan anda pelbagai idea dan pilihan menarik di dalam dunia fesyen, kecantikan, kesihatan, serta tip berguna yang lain sebagai persediaan menyambut Syawal nanti. Ikuti juga kisah menarik pasangan romantis Yusry dan Lisa Surihani dan ketahui sesuatu yang istimewa buat pasangan ini sempena Syawal ini. Salam Aidilfitri & Salam Merdeka dari warga Media Glam buat anda semua!
Mengikut peredaran masa, majalah ETERNITY yang dinanti-nantikan oleh para pembaca maya semua kini tampil dengan isu ekstra mini bumper yang istimewa sempena isu ketujuh.  Mahukan sesuatu yang ekstra..bacalah ETERNITY isu Julai 2012 ini! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda dalam persediaan Ramadan.

Juga tidak dilupa sempena bulan Julai ini, mari bersama ETERNITY menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan mulia untuk semua umat Islam untuk mencari kedamaian dan keikhlasan dalam menunaikan ibadah. Istimewa untuk Ramadan ini juga, ETERNITY mini bumper ini lebih meriah dengan rencana, fesyen, pelbagai tip, resipi dan petua menarik!
Page 4 of 5

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.