Banner

Online Publication

Koleksi majalah dan bahan bacaan terbitan Media Glam Sdn. Bhd. mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca dan dilayari di www.mediaglam.com secara percuma. Selamat membaca!

Eternity
Kini memasuki sambutan ulang tahun tahun ke-2 Media Glam, majalah yang kami terbitkan ini terus gah berada dipersada masyarakat hari ini dan di atas sokongan semua, majalah ETERNITY menjanjikan mutu yang terbaik untuk lembaran tahun 2014 ini. Atas kesedaran yang dunia sekarang 'tanda sempadan' dan semuanya hanya di hujung jari, segalanya boleh diakses melalui portal rasmi kami. Jangan lupa dapatkan keluaran bumper pertama ETERNITY isu Januari dan Februari 2014.

Isu pertama majalah ETERNITY bagi lembaran tahun baru 2014 mengupas tentang semangat tahun baru dan menampilkan blogger popular, Shea Rasol. Pelbagai maklumat yang cuba kami kongsikan bersama anda melalui ruangan-ruangan yang tersedia yang meliputi dunia fesyen, kecantikan, kesihatan, motivasi dan psikologi, gajet, dekor, kewangan dan banyak lagi.
Menarik Bulan Ini!

Edisi istimewa bumper November-Disember 2013 kini terhangat di alam maya! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda. Dengan mengupas isu semasa, semoga pengisian majalah ETERNITY menjadi satu landasan perkongsian ilmu yang berguna buat semua.

Majalah kesayangan ramai, ETERNITY isu ini sarat dengan pelbagai kelainan. Terdapat pelbagai ruangan menarik yang pasti akan mencuri hati para pembaca setia di luar sana. Bagi menutup tirai tahun 2013 ini, dan melengkapi edisi untuk tahun ini, ETERNITY menampilkan seorang lagi selebriti blogger yang tidak asing lagi iaitu Irine Nadia, seorang penuntut, isteri dan ibu muda!
Memantapkan lagi pengisian majalah ETERNITY kali ini, kupasan menarik disajikan buat pembaca maya sekali. Sudah pasti ETERNITY edisi bumper September/Oktober tampil penuh berani dan sarat dengan informasi. Pelbagai maklumat yang disediakan untuk santapan minda anda. Semuanya digarap dengan baik agar anda mendapat faedahnyanya.

Sesuai dengan misi dan visi kami, ETERNITY adalah wadah generasi muda dan medium memperkasakan ilmu pengetahuan anda! Soroti kisah selebriti blogger terkenal – Fatin Suhana sebagai penghias muka hadapan kali ini. Salam Aidiladha & Selamat Hari Malaysia buat semua pembaca setia ETERNITY!
Menarik Bulan Ini! Keluaran Bumper Ramadan Raya...

Majalah ETERNITY yang dinanti-nantikan oleh para pembaca maya semua kini tampil dengan isu ekstra bumper yang istimewa sempena isu Julai dan Ogos 2013. Mahukan sesuatu yang ekstra..bacalah ETERNITY isu kali ini! Ia mengandungi pelbagai informasi lengkap buat anda dalam persediaan Ramadan dan Syawal. Istimewa untuk isu Ramadan Raya ini juga, ETERNITY keluaran bumper ini pasti lebih meriah dengan rencana, fesyen, pelbagai tip, resipi dan petua menarik!
Tampil dengan kelainan dalam mempersembahkan naskhah ETERNITY adalah kejutan buat pembaca semua. Isu kali ini, mengetengahkan eleman maskulin buat tatapan semua dari aspek fesyen, kesihatan dan banyak lagi.

Juga, keluaran kali ini, ETERNITY membicarakan mengenai jasa seorang bapa. Juga kami tampilkan buat julung kalinya, artis berkumpulan sebagai penghias muka hadapan majalah kami iaitu kumpulan anak muda popular di Malaysia, Forteen.
Mahukan majalah yang menyatukan segalanya dalam satu…kecantikan, kesihatan, hiburan, gaya hidup, selebriti dan informasi? Jangan melepaskan peluang untuk membaca majalah ETERNITY isu Mei 2013 ini. ETERNITY punyai keistimewaan tersendiri yang mana, kami bagi pihak Media Glam Sdn. Bhd. mahu membawa anda ke alam penerokaan ilmu dalam bentuk yang lebih mudah dan canggih! Menjadi matlamat kami untuk menjadikan ETERNITY sebuah bahan bacaan yang menarik.
Bulan April ini menyaksikan kita meraikan salah satu peristiwa penting iaitu sambutan Hari Bumi Sedunia. Ikuti kupasan menarik mengenai isu alam sekitar yang berguna buat kita semua. Juga, khas untuk anda, ETERNITY menampilkan heroin pujaan semua, figura bertubuh kecik molek dan berwajah kacukan pan Asia ini, Siti Saleha. Satu nama yang kini meniti di bibir peminat-peminat dunia seni lakon negara. Jadilah pengguna dan pembaca yang bijak? Sokonglah keluaran majalah dalam talian terbitan kami (ETERNITY & KITCHEN ONLINE) yang sememangnya menyokong ke arah bumi yang lebih hijau!
Bercerita tentang edisi Mac ini, dapatkan pelbagai maklumat berguna dengan mudah bersama majalah ETERNITY, antara pengisian ETERNITY yang ingin dikongsi bersama anda semua adalah berkaitan tanggungjawab kita sebagai seorang pengundi dalam ruangan Fokus, seterusnya fesyen trend terkini, panduan solekan, tip pelajar, kaunseling dan motivasi, dan pelbagai lagi informasi. Dengan segala kemudahan canggih dalam dunia teknologi maklumat ini. Semuanya anda boleh dapati hanya di hujung jari dengan menyelak dari kulit ke kulit majalah ETERNITY- majalah dalam talian nombor 1 di Malaysia ini!
Page 3 of 5

Gaining knowledge in new style

Pemangkin & Penerbit Medium Bacaan Baru- Majalah Elektronik

Terdapat banyak bahan bacaan yang ada dipasaran. Ini termasuklah novel, buku, komik, majalah, akhbar dan banyak lagi. Namun pemilihan bahan bacaan dan medium bahan bacaan selalunya bergantung pada minat seseorang individu itu.

Ada yang minat membaca majalah kerana ia digambarkan sebagai bahan bacaan yang agak ringan dan mudah difahami. Kadang kala, kita memilih bahan bacaan tersebut kerana kita ingin mencari maklumat, mengisi masa lapang dan sebagainya. Oleh itu, bahan bacaan yang kita pilih selalunya menggambarkan identiti kita. Tanpa kita sedar sebenarnya bahan bacaan ini kebiasaannya mempengaruhi mentaliti kita ataupun mengubah persepsi bagaimana kita berfikir ...


Temui Kami di Facebook

Langgan Berita

Sila masukkan email anda untuk melanggan berita dan aktiviti terkini dari kami.

Hubungi Kami

Media Glam Sdn. Bhd. (964665-T)

Office:
No 6B, Jalan TR2/2,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya, Selangor.

0378064468

Email:
editor@mediaglam.com
admin@mediaglam.com
advertising@mediaglam.com

© Copyright 2016 Media Glam Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Designed By Inspireartmedia Solutions.